AS I WROTE EARLIER ON MY BLOG I WILL CHANGE THE NAME TO CUCU PASU TUPAI AND ELIM BAYA. THEREFORE THE BLOGSPOT OF THE CUCU PASU TUPAI AND ELIM BAYA IS BORN TODAY....WITH GOD GRACE... WELCOME TO ALL WHO READ THIS BLOGSPOT..
Monday, September 15, 2008
Monday, September 1, 2008
WARISAN SILAU MAKIENG (STORY COMPOSED BY BROTHER GABRIEL KARL WING)
THANKS BROTHER FOR THE VERY USEFUL INFO FOR OUR LAKIPUT COMMUNITY.
Mengikut sejarah lisan, nama sebenar Silau Makieng ialah Silau Sebea. Beliau dipercayai sebagai seorang pahlawan Lakiput yang pada suatu ketika digeruni oleh ethnic orang ulu di sekitar daerah Baram (Ceu Kufin). Oleh kerana KEBERANIAN beliaulah yang menjadikan beliau dikenali dengan nama MAKIENG. Makieng berasal daripada perkataan MAKANG dalam bahasa Kayan yang membawa maksud BERANI.
Pada usia remajanya, Silau Makieng bersama adiknya Melai Sebea pernah merantau jauh dan merentasi seluruh pelusuk pulau Borneo daripada Baram hinggalah ke Pontianak di Kalimantan. Berbekalkan ilmu pertahanan diri yang tinggi, dua bersaudara ini telah pergi dan kembalinya dengan selamat ke bumi asal mereka di Baram. Tatkala di era ‘head hunting’ masih menjad amalan perkauman di kepulauan Borneo, ianya tidak diendahkan Silau Makieng kerana beliau amat yakin dengan seni mempertahankan diri yang ada padanya. Pendedahan kepada pehak musuh yang kehausan ‘kepala’ yang menjadi symbol kepahlawan tidak pernah meluntur semangat ingin menjelajah dua saudara ini.
Oleh kerana sifat-sifat inilah yang telah menjadikan Silau Makieng dan Melai Sebea menjadi cukup terkenal dan menjadi buah mulut dikalangan penduduk tempatan apatah lagi dikalangan kaum Lakiput itu sendiri. Walaupun catatan bertulis tidak wujud untuk mencoretkan keuwujudan dua wira ini, namun cerita kepahlawanan mereka tidak pernah pudar dalam ingatan kalangan generasi tua. Mediang ayahanda Penghulu Lejau Malang pernah bercerita tentang Silau Makieng. Berdasarkan sejarah inilah, ayahnda mediang Penghulu mewariskan nama SILAU kepada anak kelahiran pertamanya., SILAU LEJAU. Diantara generasi tua yang fasih dengan sejarah warisan Silau Makieng adalah seperti nenda Ebau Mutek Rahman,dan ayahanda Unggung Belulok.
Gabriel Karl Wing
Scandic Star Sollentuna
Stockhom, Sweden.
31st August, 2008
SETAPAK DEMI SETAPAK AKU MARA
MELANGKAH AKU MENGIKUT ALUNAN IRAMA
PETIKAN SAPE YANG MEMBANGKITKAN SEMANGAT JATI DIRI
IRAMANYA padu MENUSUK KALBU mengusik hati
AKU MARA MENENTANG MUSUH KITA
MEREKA KUTOLEH
KE KIRI BAGAIKAN API
KE KANAN BAGAIKAN DURI
NAMUN
TIDAK AKU GEMENTAR
TIDAK AKU TERKIAL-KIAL
KERANA PERJUANGAN KU BUKAN SEKADAR DI HUJUNG PEDANG
BUKAN PULA SEKADAR DI HUJUNG SEBILAH PARANG ILANG
TETAPI PERJUANGAN INI BERPUNDAKAN SATU SEMANGAT JATI DIRI
SEMANGAT PERJUANGAN YANG TELAH TERSEMAT DI HATI
TERPAHAT PADA BUDI PEKERTI
AKU MENGORAK LANGKAH PANTANG MENGALAH
AKU MENGORAK LANGKAH TIDAK AKAN KU UNDUR
BIAR BERPUTIH TULANG tidak BERPUTIH MATA
HAYUNan TERABAI - SETERU KU TERKAPAI-KAPAI
HAYUNan PARANG ILANG - SETERU KU TERCENGANG-CENGANG
NAMUN AKU TIDAK GEMENTAR
WAHAI TEMAN
AKU BUKAN HANG TUAH
MAT KILAU PUN BUKAN
AKU BUKAN MONSOPIAD
RENTAP PUN BUKAN
AKU BUKAN LAGENDA AWANG SEMAUN
AWANG AJUNG PUN BUKAN
TETAPI AKULAH SILAU MAKIENG
PEJUANG BANGSAKU – KAUM LAKIPUT YANG MINORITI ITU
INGATLAH
WAHAI PEWARIS BANGSAKU
KUTINGGALKAN TEBUSUEA INI IBARAT TANJAK - LAMBANG MAHKOTA
KUTINGGALKAN LAYIEAR INI BAGAIKAN PERISAI TUBUH - MARTABAT BANGSA
KUTINGGALKAN UTAP INI SEPERTI TERABAI - PENGHALANG PERTAKA
KUTINGGALKAN LABET INI SEBAGAI PAKAIAN TERSENDIRI - PEMBALUT MARUAH
KUTINGGALKAN SAPU’T INI SEBAGAI LEMBING - PENJUJUNG JASA
DAN KUTINGGALKAN ABIT UFIIT INI IBARAT SEBILAH KERIS - SANJUNGAN PEWARIS
WAHAI PEWARIS BANGSA
HARUS KAU INGAT SATU PERKARA - BAHAWA
WARISAN INI ADALAH KAU PINJAM DARIPADA ANAK CUCUMU
PASTIKAN WARISAN INI KAU TUNAIKAN KEPADA MEREKA
PASTIKAN WARISAN INI MENJADI SATU JANJI YANG SUNAT KAU TEPATI
Ayuh - saksikanlah - lihatlah
Bukalah mata pasangkan telinga – BUKA minda buka hati saksikan sendiri ---- (ngalai ---- 45 saat….)
PADA TARIAN NGAJAT INI
PADA TARIAN KALAI INI
KUTINGGALKAN CATATAN SEBUAH PERJUANGAN
YANG KU HADIAHKAN UNTUK GENERASIMU
SESUNGGUHNYA
PASTIKAN ENGKAU TETAP BERJASA
MENGORAK LANGKAH KALAI INI
SETAPAK DEMI SETAPAK DAN TERUS MARA
APA JUA ARAL YANG MELINGTANG – KAU TENDANG
APA JUA MUSUH YANG DATANG- KAU TERAJANG SEHINGGA TUMBANG
KERANA
PADA MALAM INI
ENGKAU PERSIS MENCURAH BAKTI
KERANA MALAM INI
ENGKAU PERSIS MENABUR BUDI
REGARDS.
KEEP UP THE GOOD JOB.
BEN

Subscribe to:
Posts (Atom)