Monday, July 28, 2008

ACTIVITY YANG AKAN DATANG DI MARUDI..DI SERTAI OLEH KAUM LAKIPUT..

...JUST FOR INFO FOR ALL LAKIPUT....


KUCHING: Penduduk negeri ini yang memiliki jana kuasa, enjin sangkut, enjin padi, gergaji berantai dan sebagainya yang menggunakan diesel dan petrol akan menikmati subsidi bahan api itu tidak lama lagi.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang menjelaskan, senarai nama penduduk yang memiliki jana kuasa terbabit didaftarkan di semua pejabat residen dan daerah bagi membolehkan mereka tidak tercicir daripada mendapat subsidi itu.
“Kita akan memastikan semua penduduk memiliki jana kuasa yang menggunakan bahan api akan menikmati subsidi yang telah diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini,” kata Jabu kepada pemberita di pejabat beliau Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya di sini semalam.
Terdahulu beliau yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan menerima kunjungan jawatankuasa pengelola Regata Baram Antarabangsa 2008 yang bakal berlangsung di Marudi, Miri dari 15 hingga 17 Ogos depan.
Kunjungan jawatankuasa itu diketuai oleh pengerusinya yang juga Menteri Muda Bekalan Air Syelvester Entri Muran, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Lihan Jok dan Residen Bahagian Miri Ose Murang.
Jabu menarik perhatian, nama-nama penduduk yang berhak menerima subsidi itu telah diserahkan kepada Ahli Parlimen Betong merangkap Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia Datuk Douglas Uggah di Kuala Lumpur pada penghujung Jun lalu.
Douglas merupakan men-teri bertanggungjawab terhadap pelaksanaan skim subsidi itu, justeru Jabu yakin rakyat Sarawak akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya.
“Kita berharap semua penduduk Sarawak akan menikmati kemudahan subsidi itu, justeru mampu meringankan bebanan mereka ekoran kenaikan harga bahan api yang begitu mendadak, ” jelasnya.
Jabu menegaskan, pemberian subsidi secara komprehensif itu diharapkan mampu melegakan penduduk luar bandar yang kebanyakannya menggunakan bahan api sebagai jana kuasa.
Mengenai program pembasmian kemiskinan rakyat, Jabu memberitahu bahawa semua senarai nama penduduk miskin juga telah dikemukakan kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Kuala Lumpur untuk tindakan seterusnya.
Beliau berkata, program pembasmian kemiskinan itu juga dilaksanakan secara komprehensif yang merangkumi pelbagai kemudahan seperti bekalan elektrik, air, jalan raya kampung, jalan pertanian dan sebagainya.
“Kita akan mengadakan mesyuarat dengan residen, pegawai daerah dan pegawai tadbir bagi memastikan semua senarai nama penduduk miskin di seluruh negeri ini didaftarkan, ” katanya.
Menurut Jabu, kerajaan berhasrat mahu membasmi kemiskinan tegar bagi negeri ini menjelang 2020 justeru sasaran awal ialah pada 2016.
Mengenai Regata Baram 2008 yang bakal memeriahkan bandar Marudi, Jabu berkata, jawatankuasa pengelola telah memaklumkan bahawa lebih 30,000 penduduk akan membanjiri Marudi selama tiga hari bermula 15 hingga 17 Ogos nanti.
Selain pesta air seperti lumba perahu, Regata Baram itu nanti juga dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti pertandingan sape, Ratu Baram dan kemuncak perebutan Piala Raja Baram pada saingan Regata Baram.

TILL THEN.

GOD BLESS..

No comments: